comscore
Tumpuan :
Dunia

Nahas dua bas di Peru ragut 3 nyawa, 25 cedera

Foto: Reuters

PUNO: Nahas jalan raya membabitkan dua bas di Peru meragut tiga nyawa serta mengakibatkan puluhan penumpang lain cedera.

Mangsa termasuk kanak-kanak berusia 11 tahun.

Kemalangan berlaku di selatan wilayah Puno di sebuah jalan raya menghubungkan daerah Juliaca dan Cusco.

Pertembungan dua bas terbabit mengakibatkan sebahagian struktur bas terbabit remuk teruk.

25 mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.

Lapor media antarabangsa, pelancong warga Perancas antara mangsa yang disahkan cedera.

Punca kemalangan bagaimanapun tidak didedahkan – REUTERS

Loading...
Terkini