comscore
Tumpuan :
Dunia

Nahas helikopter MSDF: Jepun isytihar 7 kru hilang meninggal dunia

FOTO: Reuters

TOKYO: Kementerian Pertahanan Jepun pada Selasa mengisytiharkan kematian tujuh kru yang disenaraikan sebagai hilang, sejak perlanggaran dua helikopter peronda Pasukan Pertahanan Diri Maritim Jepun (MSDF) pada April, lapor Xinhua.

“Saya merasa kesal kerana kami berusaha keras mencari mereka. Saya juga berasa sedih untuk keluarga mereka,” kata Menteri Pertahanan Minoru Kihara pada sidang media, sambil menambah bahawa MSDF akan terus mencari jasad kru dan bangkai helikopter berkenaan.

Bilangan kematian akibat nahas helikopter itu meningkat kepada lapan orang, dengan hanya satu mayat berjaya ditemui setakat ini.

Dua helikopter SH-60K, masing-masing membawa empat anggota MSDF, berlanggar dan terhempas semasa latihan malam pada 20 April di perairan berhampiran Kepulauan Izu, kira-kira 600 km selatan Tokyo. – BERNAMA-XINHUA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini