comscore
Tumpuan :
Dunia

Nahas pesawat ringan di Brazil ragut 7 nyawa 

FOTO: Reuters

RIO DE JANEIRO: Kesemua tujuh penumpang sebuah pesawat ringan dilaporkan maut dalam nahas di Brazil pada Ahad, menurut media, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Serpihan pesawat itu ditemukan di padang di perbandaran Itapeva di tenggara Minas Gerais, kata pasukan bomba di Facebook.

Ketika kejadian pesawat berkenaan dalam perjalanan dari bandar Campinas di Sao Paulo menuju ke Belo Horizonte di Minas Gerais.

Punca nahas masih belum dapat dipastikan. – BERNAMA-dpa

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini