comscore
Tumpuan :
Dunia

Nahas pesawat ringan ragut 3 nyawa 

JAKARTA: Tiga maut selepas sebuah pesawat ringan terhempas di bandar Tanggerang bersempadan dengan ibu negara Indonesia Jakarta pada 19 Mei.

Pesawat dengan nombor berdaftar PK-IFP terputus hubungan pada 1.43 tengah hari waktu Jakarta sebelum terhempas, kata Ramli Prasetio, pegawai akhbar pejabat mencari dan menyelamat Jakarta.

“Tiga orang terbunuh dalam nahas itu,” katanya kepada Xinhua.

Pesawat yang dikendalikan oleh Indonesian Flying Club itu berlepas dari kawasan pantai Tanjung Lesung di wilayah Banten dan menuju ke Pondok Cabe di Tanggerang, kata Prasetio.

Punca kejadian masih tidak diketahui, tetapi pegawai itu berkata keadaan cuaca buruk semasa kemalangan itu. – XINHUA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini