comscore
Tumpuan :
Dunia

Nahas van ragut 20 nyawa termasuk 12 kanak-kanak di Pakistan

Foto: AFP

ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya 20 terbunuh termasuk 12 kanak-kanak apabila sebuah van terjunam ke dalam parit berhampiran sebuah plaza tol di selatan Pakistan.

Jurucakap polis Khadim Hussain memaklumkan, 13 lagi penumpang cedera dengan dua daripadanya kritikal.

Pemandu van terbabit dikatakan tidak menyedari papan tanda lencongan di kawasan itu sebelum terbabas ke dalam parit.

Pasukan kecemasan bergegas ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan berhubung kejadian.

Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Abdullah Shah di Sehwan untuk rawatan segera.

Pakistan adalah negara ketiga dengan kadar kematian jalan raya tertinggi di dunia.

Punca nahas termasuk faktor keadaan jalan raya yang kurang memuaskan dan kecuaian pemandu. – AFP

Loading...
Terkini