comscore
Tumpuan :
Dunia

Nama Robert F. Kennedy jr. akan tertera pada kertas undi di Michigan 

FOTO: Reuters

WASHINGTON: Nama Robert F. Kennedy (RFK) Jr. akan tertera di kertas undi pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) di Michigan pada 5 November di sebalik bantahannya, menurut keputusan Mahkamah Agung Michigan pada Isnin, lapor United Press International (UPI).

Keputusan mahkamah tertinggi itu membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan Michigan pada Jumaat yang membenarkan RFK Jr. tidak tersenarai dalam kertas undi di negeri penting itu.

Dalam keputusan majoriti, mahkamah menulis bahawa Kennedy “tidak menunjukkan kelayakan untuk mendapatkan bantuan luar biasa ini.”

Kennedy, 70, seorang daripada calon pilihan presiden AS layak selepas dicalonkan oleh Natural Law Party, parti kecil yang mempunyai akses kepada kertas undi di Michigan.

Namun pada 23 Ogos, beliau mengumumkan untuk menarik diri dan menyokong bekas Presiden yang juga calon Parti Republikan, Donald Trump.

Kennedy tidak mahu namanya tertera dalam kertas undi di negeri-negeri penting kerana bimbang ia akan menjejaskan peluang Trump menentang Naib Presiden Kamala Harris, lawannya dari Parti Demokrat.

Selain Michigan, negeri penting lain dalam pilihan raya Presiden AS termasuk Arizona, Florida, Georgia, Nevada, Carolina Utara, Ohio, Pennsylvania, Texas dan Wisconsin.

Di Carolina Utara, Kennedy telah memenangi rayuan untuk mengeluarkan namanya daripada kertas undi, menyebabkan kelewatan penghantaran kertas undi yang dijadualkan pada Jumaat lepas.

Mahkamah telah memutuskan untuk mengeluarkan namanya daripada kertas undi di Georgia, Nevada, Ohio, Pennsylvania dan Texas.

Wisconsin bagaimanapun mengekalkan namanya dalam kertas undi.

Keputusan undian dalam alasan penghakiman mahkamah tertinggi itu tidak didedahkan.  – BERNAMA-UPI

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini