comscore
Tumpuan :
Dunia

Nasib Australia terletak pada Asia Tenggara

MELBOURNE: Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese menyatakan pendirian bahawa Australia komited untuk bekerjasama dengan pemimpin ASEAN kerana nasib negara itu terletak pada Asia Tenggara.

Dalam ucapan sewaktu sidang pleno pemimpin iaitu sebahagian daripada Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia, Albenese berkata komitmen Australia akan memastikan prinsip kedaulatan, integriti wilayah, kesaksamaan dan kemerdekaan dipertahankan.

Australia menganjurkan sidang kemuncak tiga hari itu menandakan ulang tahun ke-50 sejak ia menjadi rakan kongsi luar ASEAN yang pertama.

Ia adalah usaha Australia bagi mengukuhkan hubungan dengan rantau Asia Tenggara yang sedang berkembang pesat. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini