comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Netanyahu arah persediaan tangkapan ribuan penduduk Palestin tahun ini

TEBING BARAT: Pemimpin rejim Zionis Benjamin Netanyahu mengarahkan Pasukan Pertahanan, Pasukan Keselamatan dan Kementerian Kewangannya bersedia bagi penahanan beribu-ribu penduduk Palestin tahun ini.

Menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Netanyahu, ia adalah keperluan penting dan penjara Israel ketika ini tidak mampu memuatkan tahanan jika ia tidak bersiap sedia dengan memperluas penjaranya

FOTO: Reuters

Setakat ini, dianggarkan kira-kira 4,000 rakyat Palestin ditahan sejak perang bermula pada 7 Oktober lalu

Kebanyakan yang ditahan tanpa sebab atau dakwaan yang sah malah mereka turut berdepan pelbagai jenis penderaan oleh kakitangan penjara

Netanyahu dalam pada itu turut menemplak sekutunya Presiden Amerika Syarikat Joe Biden, susulan kenyataan beliau yang membidas cara Netanyahu menangani Perang di Gaza yang dikatakan memudaratkan Israel

Pandangan itu katanya adalah salah malah tindakannya di dalam perang di Gaza itu sebaliknya disokong oleh kebanyakan penduduk Israel. – AL JAZEERA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini