Tumpuan :
Dunia

Nevada isytihar perintah darurat susulan Hilary semakin ‘mengganas’

Foto : Reuters

AMERIKA SYARIKAT: Perintah darurat diisytiharkan di Clark County, Nevada tatkala ribut tropika Hilary mula membadai daerah itu.

Hujan luar biasa lebat yang dibawa Hilary kemudian mengakibatkan banjir di bandar Las Vegas sekaligus menjejaskan kehidupan seharian penduduknya.

Banjir ini turut menjejaskan premis perniagaan seperti hotel dan struktur parkir kenderaan.

Sebelum ini, Jabatan Cuaca Kebangsaan Las Vegas sudah mengeluarkan beberapa amaran banjir di bandar itu, supaya penduduk bersiap-siaga.

Hilary mula membadai Ahad lalu di utara Baja California, Mexico sekaligus memaksa 1,900 penduduk berpindah ke pusat penempatan sementara.

Pengkaji cuaca meramalkan Hilary membawa paling banyak hujan bersama taufan siklon tropika yang boleh menjejaskan negeri-negeri di sebelah barat Amerika antaranya Nevada, Oregon dan Idaho.

Loading...
Terkini