comscore
Tumpuan :
Dunia

New Zealand rancang undang-undang supaya Facebook, Google membayar kandungan berita

Foto hiasan.

WELLINGTON: Kerajaan New Zealand akan memperkenalkan undang-undang yang memerlukan syarikat digital dalam talian yang besar seperti Alphabet Google dan Meta Platforms membayar syarikat media untuk kandungan berita tempatan yang dipaparkan pada laman sosial mereka.

Menteri Penyiaran, Willie Jackson berkata, undang-undang itu akan dirangka berdasarkan undang-undang yang sama di Australia dan Kanada dan beliau berharap ia akan bertindak sebagai insentif untuk platform digital bagi mencapai perjanjian dengan saluran berita tempatan.

“Media berita New Zealand, terutamanya akhbar serantau dan komuniti kecil sedang bergelut untuk kekal berdaya maju dari segi kewangan apabila lebih banyak pengiklanan bergerak dalam talian.

“Adalah penting bahawa mereka yang mendapat manfaat daripada kandungan berita itu untuk membayar kandungan daripada sumber,” katanya.

Perundangan baharu itu akan diundi di Parlimen di mana majoriti Parti Buruh yang memerintah dijangka meluluskannya.

Sebelum ini, Australia memperkenalkan undang-undang pada 2021 yang memberi kuasa kepada kerajaan untuk membuat syarikat internet berunding tawaran bekalan kandungan dengan saluran media tempatan.

Kajian yang dikeluarkan oleh kerajaan Australia minggu lalu mendapati ia sebahagian besarnya berkesan. – REUTERS

Loading...
Terkini