comscore
Tumpuan :
Dunia

OIC digesa campur tangan konflik berterusan di Gaza

ANKARA: Konflik berterusan di Gaza perlu dihentikan segera termasuk campur tangan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Itu gesaan yang disuarakan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dalam mengutuk serangan tentera Israel.

Jelas Erdogan, OIC perlu mengadakan sidang kemuncak tergempar bagi membincangkan konflik perang di Gaza.

Beliau juga menyeru negara-negara Islam lain menentang apa yang disifatkannya sebagai perluasan rejim zionis.

Selain itu, Turkiye akan memohon kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa di The Hague atas pembunuhan Israel terhadap seorang wanita Turkiye-Amerika, Aysenur Ezgi Eygi dalam satu protes di Tebing Barat minggu lalu. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini