comscore
Tumpuan :
Dunia

OIC ulangi gesaan dan pendirian henti pencerobohan Israel di Palestin

Foto: Reuters

JEDDAH: Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Hissein Brahim Taha mengulangi pendirian dan gesaan kepada masyarakat antarabangsa agar segera mengambil langkah berkesan menghentikan segala bentuk pencerobohan Israel ke atas rakyat Palestin.

Semasa pertemuan dengan Duta Besar Jerman ke Arab Saudi Michael Kindsgrab, beliau menekankan keperluan bagi pelaksanaan penyelesaian dua negara.

Kedua-dua pihak turut membincangkan perkembangan terkini di Gaza dan isu berkaitan Palestin semasa mesyuarat pada Isnin. — BERNAMA-WAFA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini