comscore
Tumpuan :
Dunia

Padah mencuri di gimnasium, lelaki dipaksa berlari di atas ‘treadmill’

NEW DELHI: Seorang lelaki dipaksa berlari di atas treadmill selepas didapati menceroboh pusat gimnasium untuk mencuri.

Kejadian berlaku di daerah Datia, Madhya Pradesh, tengah India.

Video kamera litar tertutup (CCTV) kejadian itu turut tular di media sosial.

India Times melaporkan, perompak itu menceroboh pusat gimnasium terbabit tanpa menyedari dipantau CCTV, sehinggalah pemilik premis tampil apabila memperoleh amaran di telefon bimbit pada tengah malam.

Pemilik itu yang berada di rumah dan sedang tidur, terjaga apabila mendapati premisnya diceroboh serta bergegas ke sana.

Dalam video itu kelihatan perompak menyelinap ke dalam pusat gimnasium dalam gelap dan mencari apa-apa barang berharga yang boleh diambil.

Dalam petikan video lain, kelihatan lelaki sama dipaksa berlari atas treadmill dan selepas memberi ‘pengajaran’ kepada perompak itu, pemilik premis kemudian menyerahkannya kepada polis untuk tindakan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini