
TEBING BARAT: Rakyat Palestin mendesak supaya Israel menarik balik sekatan eksport-import yang dikuat kuasakan di Semenanjung Gaza.
Sekatan berkenaan dilaksanakan selepas Israel menuduh Palestin cuba menyeludup masuk bahan letupan.
Israel menghentikan aktiviti import dan eksport produk komersial Gaza selepas terdapat dakwaan menemui bahan letupan dalam satu penghantaran.
Menurut salah seorang pemilik restoran dan kolam ikan, Mohammad Al-Hajj, dia sebelum ini mengeksport 20 tan ikan seminggu ke pasar di Israel dan Tebing Barat pada harga yang sangat murah.
Lantaran dari sekatan ini, ia berkemungkinan menjejaskan nasib 200 pekerja dan perniagaannya jika sekatan berkenaan tidak ditarik balik.
Nilai keseluruhan eksport Gaza dilaporkan boleh mencecah sehingga A$134 juta setahun.