comscore
Tumpuan :
Dunia

Paralimpik Paris: Temasya melabuhkan tirai, jumpa di Los Angeles 2028

Foto: Reuters

PARIS: Selepas enam minggu menjadi tumpuan dunia selaku penganjur Sukan Olimpik dan Paralimpik 2024, kota Paris akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada semua yang menjayakan temasya sukan terbesar dunia itu.

Ketua penganjur Paris 2024 Tony Estanguet, merumuskan dua temasya itu telah mencipta sejarah gemilang musim panas.

Pada majlis penutupan rasmi yang berlangsung di Stade de France lebih 4,400 atlet daripada 168 kontinjen memeriahkan suasana meskipun cuaca hujan.

“Musim panas ini Perancis telah malakar sejarah, semua orang bergembira apabila bercakap antara satu sama lain, Perancis diselubungi kegembiraan pada musim panas ini, kata  Estanguet,

Temasya Paralimpik yang mendatang akan berlangsung do Los Angeles 2028.

Pada penutupan rasmi, Datuk Bandar Paris  Anne Hidalgo menyerahkan bendera temasya kepada Presiden Majlis Paralimpik Antarabangsa Andrew Parsons, yang kemudiannya menyerahkannya kepada Datuk Bandar Los Angeles, Karen Bass.

China muncul juara keseluruhan Paralimpik Paris dengan 94 pingat emas diikuti Britain 49 pingat emas dan Amerika Syarikat 36 emas, manakala tuan rumah di kedudukan ke-8 dengan 19 pingat emas.

Kontinjen Malaysia pula di tangga ke-42, dengan membawa pulang dua emas oleh jaguh badminton para, Cheah Liek Hou bagi acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) dan jaguh powerlifting Bonnie Bunyau Gustin bagi kategori lelaki 72 kilogram (kg).

Manakala dua perak  menerusi Muhammad Ziyad Zolkefli (lontar peluru lelaki F20 (kecacatan intelektual), Datuk Latif Romly (lompat jauh lelaki T20 (kecacatan intelektual)  dan Eddy Bernard meraih gangsa 100m lelaki T44 (kecacatan fizikal).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini