comscore
Tumpuan :
Dunia

Parlimen Pakistan akan pilih Perdana Menteri pada 3 Mac

FOTO: Reuters

MOSCOW: Dewan Rakyat Pakistan dijangka memilih perdana menteri baharu negara itu pada Ahad, lapor Sputnik.

Calon untuk jawatan itu terdiri Presiden Parti Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) Muhammad Shehbaz Sharif dan Setiausaha Agung Parti Tehreek-e-Insaf Pakistan, Omar Ayub Khan.

Omar Ayub Khan memenangi pilihan raya sebagai calon bebas.

Ahli Parlimen yang baru dilantik mengangkat sumpah pada sidang pertama Parlimen ke-16 pada Khamis lepas.  — BERNAMA-SPUTNIK

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini