comscore
Tumpuan :
Dunia

Parti Buruh ikrar mansuh Dewan Negara

FOTO : REUTERS

LONDON: Parti Buruh Britain berikrar akan memansuhkan Dewan Negara sebagai sebahagian daripada rombakan Perlembagaan bagi menjamin pengagihan ekonomi secara saksama selepas Brexit.

Berdasarkan tinjauan, Parti Buruh dijangka mengambil alih kuasa pada pilihan raya akan datang menjelang Januari 2025, sekali gus menggantikan Parti Konservatif yang kini memerintah.

Pemimpin Buruh, Keir Starmer berjanji akan melakukan pemindahan kuasa terbesar dari Parlimen United Kingdom di Westminster kepada rakyat British, dengan alasan pengundi pada 2016 memilih untuk keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) kerana kurang kawalan demokrasi.

Strategi reformasi parti itu, yang dirangka oleh bekas perdana menteri, Gordon Brown, membayangkan penurunan kuasa baharu ke wilayah dan negara di UK termasuk Scotland, dengan kerajaan nasionalis mendesak referendum baharu dilaksanakan mengenai kemerdekaan.

Brown, yang mengetuai kempen 2014 supaya Scotland kekal dalam UK, mencadangkan penurunan kuasa yang lebih besar, dengan parlimen Edinburgh dimasukkan dalam perjanjian antarabangsa yang membabitkan kawasan Scotland.

Berucap di hadapan penonton di Leeds, utara England, Starmer berkata ‘kegagalan pertumbuhan ekonomi sejak 12 tahun lalu’ di bawah pemerintahan Konservatif sebahagiannya disebabkan kegagalan UK secara menyeluruh untuk menguasai pertumbuhan dan terlalu bergantung kepada London serta tenggara England.

Loading...
Terkini