comscore
Tumpuan :
Dunia

Parti Buruh menang besar, Keir Starmer hampir pasti PM baharu U.K

FOTO: Reuters

LONDON: Keputusan Pilihan Raya United Kingdom menyaksikan Parti Buruh menepati ramalan apabila berjaya membentuk kerajaan selepas meraih majoriti mudah.

Ia kemenangan pertama parti itu dalam tempoh 14 tahun.

Kemenangan itu diumum pemimpin parti buruh yang juga bakal Perdana Menteri baharu United Kingdom, Keir Starmer dalam majlis meraikan kemenangan parti itu selepas mereka melepasi 400 kerusi berbanding konservatif sekadar 118 kerusi.

Bekas Perdana Menteri Rishi Sunak turut mengucapkan tahniah kepada Starmer.

Ia lonjakan besar buat parti buruh yang menepati unjuran awal keputusan.

Kejatuhan parti konservatif juga sudah diramal susulan prestasi pentadbiran penggal lalu yang buruk sekaligus mencatat kekalahan terburuk dalam sejarah politik britain.

Starmer kini hampir pasti melangkah masuk ke nombor 10 Downing Street dalam tempoh beberapa jam akan datang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini