TOKYO: Parti pemerintah Jepun, Parti Demokratik Liberal (LDP) mengusulkan agar pemilihan pengganti Perdana Menteri Fumio Kishida diadakan pada 1 Oktober, lapor Agensi Berita Kyodo.
Pemenang pemilihan kepimpinan LDP yang dijadualkan pada 27 September dijangka akan dilantik sebagai Perdana Menteri, memandangkan kedua-dua dewan parlimen dikuasai oleh gabungan parti pemerintah
Perdana Menteri baru perlu mendapatkan sokongan daripada kedua-dua dewan itu.
Tarikh pemilihan ini dijadualkan untuk disahkan pada 24 September, menurut kenyataan para penggubal undang.
Daripada sembilan calon yang bersaing untuk menggantikan Kishida, yang tamat tempoh sebagai ketua LDP pada akhir September ini, calon yang paling muda, Shinjiro Koizumi, telah menyatakan bahawa beliau akan mencari mandat dengan membubarkan Dewan Perwakilan “secepat mungkin” jika dipilih. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.