comscore
Tumpuan :
Dunia

Parti presiden Maldives dijangka menang besar dalam pilihan raya

FOTO: Reuters

NEW DELHI: Parti Presiden Mohamed Muizzu dijangka menang besar dalam Pilihan Raya Parlimen Maldives, pada Ahad .

Menurut media tempatan, parti Muizzu Kongres Nasional Rakyat (PNC) dijangka memenangi lebih 60 daripada 93 kerusi yang dipertandingkan.

Pembangkang, Parti Demokratik Maldives pula dijangka memperoleh hanya 15 kerusi.

Jumlah pemilih yang layak mengundi ialah 284,000, yang mana 72.9 peratus mengundi untuk memilih 93 wakil mereka daripada 368 calon yang berhasrat mengisi kekosongan kerusi di Majlis Rakyat.

Rakyat Maldives telah menunjukkan sokongan kuat kepada Muizzu dan agenda pembangunannya, kata Menteri Pengangkutan dan Perkhidmatan Penerbangan Maldives Mohamad Ameen dalam hantaran di media sosial.

Muizzu yang memenangi Pilihan Raya Presiden tahun lepas dengan kempen yang tidak memberi keutamaan kepada pengaruh negara luar tertentu dan menumpukan kepada meningkatkan kemudahan kesihatan, perumahan dan perniagaan, eksport perikanan dan membina perkongsian dengan negara-negara utama dunia termasuk China. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini