comscore
Tumpuan :
Dunia

PBB gesa junta Myanmar kembalikan demokrasi serta-merta

PHNOM PENH, Kemboja:  Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB menggesa junta Myanmar mengembalikan demokrasi serta-merta.

Setiausaha Agungnya Antonio Guterres berkata ia satu-satunya cara untuk menghentikan mimpi ngeri tidak berkesudahan yang dihadapi rakyat ketika ini.

Krisis yang semakin memuncak itu mendominasi Sidang Kemuncak Asean, yang telah melakukan pelbagai usaha diplomatik untuk menamatkan pertumpahan darah, namun hanya sia-sia.

Menurut Guterres rampasan kuasa junta dan rentetannya selepas itu mengancam keamanan dan keselamatan seluruh blok Asean.

Justeru beliau menggesa pihak berkuasa Myanmar mendengar suara rakyat, membebaskan tahanan politik dan mengembalikan peralihan demokrasi dengan segera.

Untuk rekod 5 konsensus dipersetujui tahun lalu untuk menamatkan ketidaktentuan di Myanmar namun kesemuanya dipandang sepi pemimpin junta.

Loading...
Terkini