comscore
Tumpuan :
Dunia

PBB kutuk serangan di Rafah, gesa Israel segera henti keganasan

FOTO: Reuters

NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, PBB, mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara Israel pada 26 Mei menyasarkan kem di Rafah yang menempatkan penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal.

Jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric dalam satu kenyataan menzahirkan rasa sedih Guterres yang menyaksikan imej mangsa yang terbunuh dan cedera termasuk ramai kanak-kanak kecil.

Guterres sebelum ini menggunakan media sosial untuk mengutuk tindakan Israel dalam hantaran di X (dahulu dikenali Twitter).

Ujarnya, malapetaka kemanusiaan di Gaza kini lebih buruk dengan krisis kebuluran angkara kekejaman rejim.

Pemimpin PBB itu mengulangi tuntutan gencatan senjata, serta pembebasan segera dan tanpa syarat semua tebusan.

Beliau turut mengingatkan perintah terkini Mahkamah Keadilan Antarabangsa, ICJ yang mengikat dan mesti dipatuhi.

ICJ pada 24 Mei mengeluarkan langkah sementara baharu yang mengarahkan Israel untuk segera menghentikan operasi ketenteraan di Rafah. – Reuters

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini