
NEW YORK: Resolusi mengesahkan kedaulatan rakyat Palestin ke atas sumber asli mereka disokong melalui undian oleh Jawatankuasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Persoalan Ekonomi dan Kewangan (Jawatankuasa Kedua) atau UN General Assembly’s Committee on Economic and Financial Questions (Second Committee).
Agensi Berita Palestin WAFA melaporkan, resolusi itu mengesahkan kedaulatan rakyat Palestin di wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur dan kedaulatan penduduk Arab di Golan Syria ke atas sumber asli mereka.
Ia juga menyeru Israel untuk menghentikan eksploitasi, kerosakan, punca kerugian atau kekurangan dan mengancam sumber asli di wilayah terbabit.
Selain itu, resolusi berkenaan menegaskan pembinaan tembok apartheid, penempatan Israel di Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur dan merampas sumber semula jadi rakyat Palestin adalah melanggar undang-undang antarabangsa.
Ia juga menggesa Israel mematuhi keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa berkaitan pembinaan tembok apartheid yang tidak sah.