Tumpuan :
Dunia

PBB tuduh Israel langgar gencatan senjata

Anggota UNIFIL mengawal di sempadan di kawasan Kafr Shuba, yang dianggap sebagai kawasan pertikaian antara Lubnan dan Israel.

BEIRUT: Pasukan pengaman PBB (UNIFIL) menuduh Israel melanggar resolusi Majlis Keselamatan PBB 2006 selepas tentera Israel memusnahkan infrastruktur Lubnan, termasuk menara pemerhatian milik Angkatan Bersenjata Lubnan di Labbouneh.

Tindakan ini dilihat sebagai pelanggaran terhadap gencatan senjata yang dimeterai pada 27 November yang telah dicemari oleh tuduhan pencabulan dari kedua-dua pihak.

Pemimpin Hizbullah, Naim Qassem, memberi amaran bahawa kesabaran mereka terhadap tindakan Israel mungkin berakhir sebelum tempoh gencatan senjata tamat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini