comscore
Tumpuan :
Dunia

Pecat hampir separuh kakitangan Twitter, PBB tegur Elon Musk hormati hak pekerja

NEW YORK: Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu, PBB bertindak menegur tindakan pemilik baharu Twitter, Elon Musk susulan tindakannya memecat setengah daripada jumlah kakitangan syarikat komunikasi gergasi itu.

Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB, Volker Turk dalam surat terbukanya memaklumkan teguran itu dibuat agar Musk menghormati hak asasi seadanya selain menjelaskan syarikat berkenaan belum mencapai tahap memuaskan berhubung isu pembelaan hak pekerja.

Turk turut menggesa Twitter lebih berusaha dalam meningkatkan perlindungan terhadap taraf privasi pengguna.

Jelas beliau, platform media sosial itu perlu bersama bangkit memperjuang hak kebebasan bersuara dan berpendapat selain segera melaporkan jika terdapat tekanan oleh mana-mana kerajaan berhubung sebarang isu.

Di akhir surat terbukanya, Turk turut menyentuh mengenai pendekatan bahasa Twitter yang seharusnya lebih meluas mengikut bahasa rasmi sesebuah negara dan bukan sekadar menjadikan Bahasa Inggeris sebagai medium utama platform berkenaan.

Surat terbuka terbabit dimuat naik menerusi ciapan Turk di dalam akaun Twitter rasminya. – AFP

Loading...
Terkini