comscore
Tumpuan :
Dunia

Pekan kecil Australia tenggelam akibat banjir

FOTO REUTERSCONNECT

SYDNEY: Banjir besar yang melanda Australia mengakibatkan pelbagai kemusnahan dengan sebuah pekan kecil di barat negara itu, Kimberley disifatkan antara yang terburuk menerima kesannya.

Helikopter dikerahkan ke kawasan itu untuk menyelamatkan penduduk apabila banjir terus meningkat di wilayah itu.

Perkhidmatan kecemasan menyatakan, walaupun hujan paling teruk reda, beberapa bandar mungkin terputus hubungan beberapa hari akan datang dan ia disifatkan sebagai ‘peristiwa banjir paling teruk’ yang pernah melanda oleh negeri itu.

Menurut Perdana Menteri, Anthony Albanese sukar untuk sampai ke beberapa kawasan yang berdepan kesan teruk.

Bencana ini juga memberi kesan dahsyat sekaligus menyukarkan komuniti kerana kekurangan sumber di kawasan itu.

Menurut pihak berkuasa, wilayah Kimberley meliputi kawasan tanah tiga kali lebih besar daripada United Kingdom tetapi mempunyai kurang daripada 40,000 penduduk.

Australia kerap dilanda hujan lebat dalam tempoh dua tahun lalu, didorong oleh kitaran iklim La Nina berturut-turut di mana banjir kilat di timur Australia pada November tahun lalu memusnahkan sebilangan besar kediaman di beberapa bandar.

Penyelidik Australia telah memberi amaran berulang kali ekoran perubahan iklim bakal meningkatkan risiko bencana alam.

Loading...
Terkini