comscore
Tumpuan :
Dunia

Pelajar lepas tembakan rambang, ragut 2 nyawa termasuk pensyarah

Foto: Reuters

ROTTERDAM: Dua terbunuh manakala seorang cedera selepas seorang lelaki melepaskan tembakan rambang di dua lokasi berasingan di Rotterdam, Belanda.

Serangan pertama dilakukan di sebuah rumah berhampiran kampus hospital universiti mengorbankan mangsa wanita tempatan berusia 39 tahun dan mencederakan anak perempuannya berumur 14 tahun.

Suspek lelaki berusia 32 tahun yang juga penuntut di institut terbabit kemudian memasuki salah sebuah kelas dan menembak mati pensyarah wanita berusia 46 tahun.

Foto: Reuters

Dia bagaimanapun ditahan berhampiran hospital di lokasi serangan dilakukan.

Siasatan awal mendapati, suspek mempunyai rekod jenayah pada 2021 atas kesalahan menzalimi haiwan.

Motif sebenar serangan masih disiasat.

Setakat ini, tiada petunjuk suspek lain terlibat dalam insiden itu.

Loading...
Terkini