
SPISSKA STARA VES: Dua terbunuh dalam serangan bersenjatakan pisau oleh seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah di utara Slovakia.
Mangsa adalah seorang pelajar perempuan dan guru wanita.
Serangan di sekolah tinggi di Spisska Stara Ves itu turut mencederakan seorang lagi pelajar, yang juga rakan sekelas penyerang.
Menurut polis, penyerang yang berusia 18 tahun ditahan sejurus serangan.
Punca serangan masih disiasat.
Serangan seumpamanya jarang dilaporkan di Slovakia.
Bagaimanapun negara itu dikejutkan dengan insiden tembakan mensasarkan Perdana Menteri Robert Fico mengakibatkan beliau cedera parah, pada Mei tahun lalu.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.