comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Pelakon siri terkenal ‘Squid Game’ didakwa lakukan gangguan seksual

SEOUL: Pelakon utama siri terkenal dari Korea Selatan, Squid Game, O Yeong-su didakwa di mahkamah negara itu atas kesalahan gangguan seksual.

Menurut media tempatan, pelakon berusia 78 tahun itu didakwa menyentuh tubuh badan seorang wanita dengan sengaja pada 2017.

Bagaimanapun, tiada butiran lanjut diberikan berhubung dakwaan berkenaan oleh pendakwa raya.

Susulan dakwaan itu, Kementerian Kebudayaan Korea Selatan mengarahkan setiap iklan dan pesanan khidmat masyarakat yang memaparkan wajah Yeong-su dihentikan serta-merta.

Yeong-su yang membawakan watak peserta pertama dan juga pengasas permainan Squid Game, Oh Il-nam, menjadi pelakon Korea Selatan pertama merangkul Anugerah Golden Globe bagi kategori Pelakon Pembantu Terbaik dalam siri terkenal terbabit. – AFP

Loading...
Terkini