comscore
Tumpuan :
Dunia

Pelancong China bertahan atas pokok 12 jam 

NAIROBI: Akibat banjir yang melanda Kenya baru-baru ini, seorang pelancong dari China bertahan selama 12 jam di atas pokok.

Memetik laporan South China Morning Post (SCMP), akibat kejadian itu, Liu Jiatu, 28, kehilangan bagasinya dan hanya memakai kemeja-T dan seluar dalam.

Wanita itu yang menceritakan kembali pengalamannya itu memaklumkan terperangkap dalam banjir di destinasi pelancongan terkenal, Masai Mara, pada 1 Mei lalu.

Hujan yang lebih lebat daripada biasa melanda Afrika Timur disebabkan gabungan kesan El Nino dan musim hujan yang panjang dari Mac hingga bulan lalu.

Liu menginap di dalam khemah di Basecamp Masai Mara.

Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama, pernah bermalam di lokasi itu, pada 2006.

Pada masa kejadian, dia dikejutkan oleh guruh pada jam 1.15 pagi waktu tempatan dan mendapati air setinggi paras lutut.

Pintu masuk utama khemah dikunci, dan dia tiada masa untuk mencari kunci.

Dalam keadaan gelap dan perabot terapung, Liu mengoyakkan lubang pada kain khemah.

Sebaik sahaja di luar khemah, Liu memanjat pokok dan melihat khemahnya musnah akibat arus deras.

Dia menghabiskan malam dalam cuaca sejuk di atas pokok itu dengan seorang penduduk tempatan yang tidak berbahasa Inggeris.

Pada jam 12.30 tengah hari waktu tempatan, Liu diselamatkan piahk berkuasa.–Agensi

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini