comscore
Tumpuan :
Dunia

Pelarian dari Nagorno-Karabakh ke Armenia meningkat kepada 28,120

YEREVAN: Jumlah penduduk yang melarikan diri dari Nagorno-Karabakh ke Armenia selepas Azerbaijan melancarkan operasi ketenteraan di wilayah itu telah meningkat kepada 28,120 orang, menurut kerajaan Armenia pada Selasa.

“Sehingga 26 September, 8:00 malam (waktu tempatan, 18:00 GMT), 28,120 orang telah memasuki Armenia dari Nagorno-Karabakh. Daripada jumlah ini, maklumat pendaftaran untuk 20,800 telah dipermudahkan, dan penilaian keperluan sebanyak 7,320 masih dalam proses,” menurut kerajaan dalam satu kenyataan menerusi laman sesawangnya.

FOTO: Reuters

Pihak berkuasa turut menyediakan penginapan kepada mereka yang tidak mempunyai tempat tinggal, dan seramai 3,253 orang telah ditempatkan, menurut kenyataan itu.

Pada 19 September, Azerbaijan melancarkan “aktiviti anti-pengganas peringkat tempatan” di Nagorno-Karabakh bertujuan untuk “memulihkan ketertiban perlembagaan.”

Media kerajaan Armenia melaporkan beberapa kematian membabitkan orang awam akibat serangan Azerbaijan.

FOTO: Reuters

Kementerian Pertahanan Rusia kemudian mengeluarkan kenyataan bahawa Azerbaijan dan wakil penduduk Armenia di Nagorno-Karabakh telah bersetuju untuk menghentikan sepenuhnya pertikaian melalui pengantaraan pasukan pengaman Rusia. –BERNAMA-SPUTNIK

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini