
MAGHRIBI: Bantuan dari pelbagai negara kini sedang diuruskan ke Maghribi dalam usaha menangani pasca gempa kuat 6.8 magnitud yang melanda Jumaat lalu.
Qatar telah menerbangkan sekurang-kurangnya empat pesawatnya ke Marrakesh bagi membawa pasukan penyelamat dan pelbagai bantuan lain
Pasukan penyelamat Sepanyol bersama unit anjing pengesan juga dilaporkan telah tiba Maghribi.
Pasukan kedua terdiri daripada 30 orang bersama empat anjing pengesan dilaporkan sedang dalam perjalanan ke negara itu

Amerika Syarikat dalam pada itu telah menghantar pakar bencananya bagi mengakses situasi terkini termasuk bekalan keperluan kemanusiaan dan akan bekerjasama dengan kerajaan Maghribi untuk keperluan lain
Turut menghulurkan bantuan anggota dan pakar penyelamat dari Britain dan kakitangan perubatannya.
Perancis pula mengumumkan kesediaanya membantu Maghribi dan sedang menanti permohonan rasminya dari negara itu
Dalam pada itu Menteri Luarnya pula mengesahkan pengaktifan dana bantuan kerajaan tempatan sebagai tanda solidariti dengan jumlah terkumpul setakat ini mencecah dua juta Euro.
Pasukan penyelamat dari Tunisia pula termasuk 50 kakitangan perubatan, unit khas anjing pengesan serta kelengakapan alat pengesan haba serta dron telah tiba di Maghribi
Antara negara lain yang turut menghulurkan bantuan termasuk Kuwait, Oman dan Taiwan. – REUTERS