comscore
Tumpuan :
Dunia

Pelepasan air terawat Fukushima: 100 individu failkan saman terhadap kerajaan Jepun

TOKYO: Lebih 100 individu memfailkan saman menuntut kerajaan Jepun dan Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO) untuk menghentikan pelepasan air terawat loji nuklear ke Lautan Pasifik.

Ini adalah tuntutan mahkamah pertama dibuat di Mahkamah Daerah Fukushima.

Selain itu, ia adalah percubaan rakyat Jepun untuk menggunakan undang-undang bagi mempertahan hak dan kepentingan mereka.

Kumpulan hak asasi di negara itu juga memfailkan saman terhadap Perdana Menteri, Fumio Kishida.

Dalam saman yang difailkan, mereka menuduh pihak berkuasa tidak menjalankan ujian pencemaran alam sekitar dan pengesahan kesan ekologi yang terperinci.

Menurut peguam Yuichi Kaito, pelepasan air tercemar oleh kerajaan Jepun bertentangan dengan janji Kishida sebelum ini.

Beliau juga menegaskan ia adalah bencana buatan manusia yang mengakibatkan penganiayaan terhadap rakyat negara itu.

Fasa pertama pelepasan air radioaktif terawat dari loji nuklear Fukushima turut mendapat kritikan global yang bimbang memberi kesan terhadap ekosistem.

Loading...
Terkini