comscore
Tumpuan :
Dunia

Peluang pekerjaan di Gaza kian lupus

Foto: Reuters

GAZA: Kira-kira 66 peratus peluang pekerjaan terkubur sejak konflik Israel-Palestin tercetus pada 7 Oktober.

Data Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan Biro Statistik Pusat Palestin (PCBS) menunjukkan, sebanyak 192,000 pekerjaan hilang di Gaza setakat 30 November manakala di Tebing Barat pula pekerjaan berkurangan sebanyak 32 peratus atau bersamaan 276,000 pekerjaan.

Ujar Pengarah Serantau ILO untuk Negara Arab Ruba Jaradat, rakyat Palestin di Gaza sedang berdepan malapetaka kemanusiaan luar biasa.

Foto: Reuters

Sementara Presiden PCBS Ola Awad berkata, kadar pengangguran pula mencapai tahap tertinggi dalam tempoh beberapa dekad.

Menurut Pejabat media kerajaan di Gaza, serangan Israel mengakibatkan angka korban rakyat Palestin menjangkau 20,000 orang di wilayah itu, manakala lebih 52,000 lagi menderita cedera sejak 7 Oktober.

Pada masa sama, kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Tebing Barat telah meningkat kepada 303 orang, lapor Agensi Berita Palestin WAFA.

Loading...
Terkini