comscore
Tumpuan :
Dunia

Peluru berpandu sasar Iraq ragut 1 nyawa

Foto: AP

ERBIL: Peluru berpandu yang dilancarkan Parti Kurdish Rran ke bandar Koye meragut sekurang-kurangnya satu nyawa dan mencederakan 10 yang lain.

Perkara itu disahkan datuk bandar Koye, Tariq Haidari.

Agensi berita rasmi Iran, Fars News mendakwa kumpulan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) merupakan dalang utama di sebalik serangan.

IRGC dipercayai menyerang kumpulan pengganas menggunakan dron serta peluru berpandu.

Menurut pihak keselamatan Kurdistan, serangan berasingan turut menyasarkan dua pangkalan puak penentang Iran dekat Erbil dan Sulaimaniyah.

IRGC dipercayai melancarkan serangan terhadap pangkalan puak militan Kurdistan ekoran kematian Mahsa Amini, 16 September lalu.

Kematian Amini sewaktu berada dalam tahanan unit polis moral mencetuskan tunjuk perasaan yang berpanjangan di Iran.

Ekoran itu, Iran telah menuduh puak militan Kurdish di utara Iraq telah mencetuskan pergolakan yang sedang mencengkam negara berkenaan.

Loading...
Terkini