comscore
Tumpuan :
Dunia

Pembawa watak ‘Dumbledore’ sudah tiada

KUALA LUMPUR: Pembawa watak Profesor Albus Dumbledore dalam filem popular, Harry Porter meninggal dunia pada usia 82 tahun.

Sir Michael Gambon dilaporkan menghembuskan nafas terakhirnya akibat pneumonia.

Bintang legenda kelahiran Irish itu disahkan isteri dan anaknya dalam satu kenyataan menerusi wakil agensi, Claire Dobbs, semalam.

“Dengan penuh dukacita kami ingin mengumumkan pemergian Sir Michael Gambon.

“Beliau meninggal dunia dengan tenang di hospital di sisi isteri, Anne dan anak, Fergus akibat pneumonia.

“Kami mohon diberi ruang privasi pada saat yang cukup sukar ini. Terima kasih atas segala ucapan, sokongan dan cinta yang diberikan,” kata keluarga itu.

Dilahirkan pada 19 Oktober 1940 di Dublin, Ireland, Gambon adalah anak kepada pasangan jurutera dan tukang jahit.

Ketika berusia 15 tahun, Gambon meninggalkan sekolah dan memulakan perantisan dalam bidang kejuruteraan sebelum ditauliahkan sepenuhnya enam tahun kemudian.

Disebabkan minat yang mendalam terhadap dunia lakonan dan menjadikan aktor Marlon Brando dan James Dean sebagai idola, Gambon menyertai kumpulan teater amatur untuk mengasah bakat lakonannya dan menjadi anggota rasmi Royal National Theatre bersama Laurence Olivier.

Tidak hanya terbabit dalam pementasan teater, Gambon juga membintangi siri televisyen dan antara watak yang cukup sinonim dengannya adalah detektif Perancis, Jules Maigret dalam siri Maigret.

Sepanjang enam dekad pembabitannya dalam dunia lakonan, Gambon pernah menerima pelbagai anugerah termasuk Anugerah Olivier, The British Academy Film Awards (BAFTA) dan Anugerah Emmy.

Sementara itu, pemergian Gambon bukan sahaja diratapi peminat, tetapi turut membekas dalam hati pelakon Harry Porter.Aktor Daniel Radcliffe yang memegang watak utama dalam filem itu menyifatkan Gambon sebagai pelakon bijaksana dan berdedikasi.

“Gambon adalah antara pelakon yang bijak dan bersahaja. Saya sangat bertuah kerana dapat bekerja dengannya.

“Selain memiliki bakat luar biasa, seperkara yang ingat adalah kecintaannya terhadap dunia lakonan.

Beliau juga seorang yang kelakar.”Dunia kehilangan seri selepas pemergiannya,” luahnya.

Loading...
Terkini