comscore
Tumpuan :
Dunia

Pemberhentian pekerja Twitter bermula hari ini

Elon Musk

SAN FRANCISCO: Pemberhentian kerja di syarikat sosial media gergasi Twitter bermula hari ini dengan pekerja bakal mengetahui nasib mereka melalui email.

Washington Post dan New York Times sebelum ini melaporkan bahawa kira-kira separuh daripada 7,500 pekerja Twitter akan dilepaskan.

Tindakan itu dilakukan bertujuan untuk menjadikan platform pemesejan itu kukuh dari segi kewangan selepas pengambilalihan oleh jutawan terkenal Elon Musk.

Pengambilalihan sejak minggu lalu turut menyaksikan ketua eksekutif dan pengurus tertingginya diberhentikan.

Musk yang terbeban dengan pembelian Twitter dengan jumlah AS$44 bilion (RM208.91 bilion) berusaha untuk menjana wang dengan pantas bagi syarikat itu.

Beliau juga berhasrat menaikkan pendapatan Twitter daripada AS$5 bilion (RM23.73 bilion) tahun lalu kepada lebih AS$26 bilion (RM123.44 bilion) pada 2028.

Cadangan terbaharu Musk adalah mengenakan bayaran AS$8 (RM37.98) sebulan kepada sesiapa sahaja di Twitter yang akan menerima ‘Blue Tick’ . – AFP

Loading...
Terkini