comscore
Tumpuan :
Dunia

Pembinaan 1,000 penempatan haram Yahudi cetus kemarahan Palestin 

– FOTO: AP

TEBING BARAT: Tindakan kerajaan Benjamin Netanyahu meluluskan pembinaan lebih 1,000 kediaman baharu penempatan haram Yahudi di Tebing Barat serta Timur Baitulmaqdis mencetuskan kemarahan dan kecaman Palestin.

Kumpulan anti penempatan Israel, Peace Now melaporkan tawaran pembinaan telah bermula sejak Jumaat.

Peace Now yang membantah inisiatif itu dan menyifatkan ia sebagai berbahaya dan tidak perlu, dan Israel dilihat sengaja mahu mencabul perjanjian politik dengan Palestin.

Laporan dibuat bagi menhentikan projek pembinaan itu yang boleh mencetuskan konflik di wilayah bergolak Palestin yang kini sememangnya sudah bergolak.

Pihak berkuasa tanah Israel dalam pada itu dilaporkan telah menerbitkan tender pembinaan haram 940 buah rumah di Tebing Barat merangkumi Efrat dan Beitar Ilit, manakala 89 buah lagi di penempatan haram Gilo.

Kementerian Luar Palestin mengecam tindakan ini dan menyifatkannya sebagai pengkhianatan terhadap ikrar Netanyahu untuk membekukan pembinaan penempatan haram.

Loading...
Terkini