comscore
Tumpuan :
Dunia

Pemimpin pembangkang Venezuela kena tampar, tendang

Foto : Reuters

CARABOBO: Pemimpin pembangkang Venezuela, Henrique Capriles ditampar di muka dan ditendang dari belakang ketika mengadakan kempen di sini, sebuah negeri di tengah utara Venezuela.

Berdasarkan video yang dikongsikan melalui akaun Twitternya, Capriles ditampar oleh seorang wanita.

Tidak cukup dengan itu, Capriles turut ditendang dari arah belakang oleh individu yang sama ketika beliau berjalan meninggalkan tempat itu.

Melalui video itu juga, Capriles turut dirakam telah dimaki oleh wanita itu dan beberapa orang rakannya selain diminta supaya meninggalkan tempat itu.

Capriles dalam kenyataannya mendakwa tindakan itu diarahkan oleh Presiden Nicolas Maduro dan Gabenor Rafel Lacava.

Beliau yang pernah dua menawarkan diri sebagai calon presiden turut mengumumkan akan bertanding pada pilihan raya umum pada Oktober ini.

Peluang beliau yang juga calon Parti Primero Justicia dikatakan tipis terutama selepas dilarang daripada memegang jawatan dalam parti politik selama 15 tahun bermula tahun 2017.

Venezuela dijadual mengadakan pilihan raya presiden tahun depan. – REUTERS.

Loading...
Terkini