Tumpuan :
Dunia

Pencemaran udara India, penduduk mengeluh mata seperti terkena serbuk cili

FOTO: REUTERS

NEW DELHI: Penduduk ibu kota New Delhi, India terus resah dengan keadaan jerebu yang berpunca daripada pencemaran udara yang semakin buruk.

Kualiti udara di bandar itu juga kekal dalam tahap bahaya, dan dikhuatiri menjadi lebih buruk sekiranya tiada tindakan serius dan kesungguhan dilakukan semua pihak, terutama pentadbir.

Menurut penduduk, keadaan jerebu kini bukan hanya menyebabkan sesak nafas dan menghad pandangan, malah lebih buruk menyebabkan pedih mata.

FOTO: REUTERS

Mereka menyifatkan seolah-olah terkena serbuk cili yang turut mengakibatkan mata berair dan keradangan.

Meskipun keadaan dikatakan bertambah baik berbanding awal minggu ini, bacaan indeks kualiti udara, AQI 24 jam Delhi masih melangkaui 420 pada skala 500.

Kedudukan langsung kumpulan Switzerland IQAir menyenaraikan New Delhi sebagai bandar paling tercemar di dunia pada Rabu dengan bacaan AQI 449.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini