comscore
Tumpuan :
Dunia

Pencerobohan Israel jadi tumpuan OIC

Polis Israel menceroboh kawasan Masjid al-Aqsa. (Foto fail Reuters)

ANKARA: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) akan mengadakan mesyuarat luar biasa Majlis Menteri Luar pada Selasa ini bagi membincangkan pencerobohan berterusan Israel terhadap rakyat Palestin.

OIC dalam satu kenyataan semalam berkata sesi itu akan diadakan di ibu pejabatnya di Jeddah, Arab Saudi.

November lalu, OIC dan Liga Arab mengadakan sidang kemuncak bersama di Riyadh, yang menerima pakai beberapa keputusan termasuk menugaskan jawatankuasa untuk melawat ibu kota dunia dan berusaha menghentikan perang Israel terhadap rakyat Palestin.

Serangan Israel di Semenanjung Gaza sejak pencerobohan Hamas 7 Oktober telah membunuh lebih 30,000 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Manakala serangan awal Hamas membunuh kira-kira 1,200 orang.

Serangan itu juga telah menyebabkan kemusnahan besar-besaran, perpindahan dan keadaan untuk kebuluran di wilayah terkepung Palestin.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini