comscore
Tumpuan :
Dunia

Pendaki Gunung Everest wajib bawa alat penjejak dan beg najis

KATHMANDU: Nepal mengeluarkan peraturan baharu terhadap pendaki Gunung Everest supaya membawa alat penjejak GPS dan membuang najis dalam beg kompos sama seperti yang digunakan untuk najis anjing.

Pengarah Pendakian Gunung di Jabatan Pelancongan Nepal, Rakesh Gurung berkata alat penjejak berkenaan dapat membantu pasukan penyelamat menjejaki lokasi tepat sekiranya berlaku kemalangan.

Kebanyakan pendaki profesional menggunakan penjejak GPS bagi kemudahan pihak berkaitan memantau lokasi mereka di puncak gunung.

Nepal dijangka memerlukan penjejak pasif kurang berkuasa dan saiz lebih kecil yang boleh dijahit dengan mudah ke dalam jaket.

Mereka boleh dikesan sekitar 20 meter melalui salji yang tebal dan beberapa kali di udara.

Tahun lalu, 18 pendaki terbunuh termasuk sekurang-kurangnya lima mayat masih belum ditemui di gunung tertinggi di dunia itu. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini