comscore
Tumpuan :
Dunia

Pendatang haram Israel di utara tidak dibenar kembali ke Lubnan

BEIRUT: Ketegasan disuarakan ketua kumpulan Hizbullah sekiranya Israel terus menyerang Gaza bahawa pendatang haram di utara Israel tidak akan dibenarkan kembali ke rumah mereka di Lubnan.

Hizbullah ketika ini terbabit dalam perang berbalas tembakan dengan tentera Israel merentasi sempadan selatan Lubnan.

Ketua kumpulan Hizbullah turut memberi amaran akan melancarkan roket ke arah Israel untuk menyokong pejuang Hamas.

Syed Hassan Nasrallah juga mengulangi pendirian Hizbullah untuk terus berjuang selagi Israel melakukan kekejaman ke atas penduduk Gaza.

Jelasnya hubungan antara Lubnan dan Palestin adalah muktamad dan konklusif. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini