
TRIPOLI: Ratusan orang berkumpul di bandar Derna Libya yang dilanda banjir, membantah pihak berkuasa tempatan dan menuntut penyatuan negara yang dilanda perang itu.
Menurut Agensi Berita Jerman (dpa), TV al-Masar Libya melaporkan bahawa penunjuk perasaan mendesak mereka yang menyebabkan bencana itu supaya bertanggungjawab dan menggesa pihak pendakwa segera mendedahkan hasil siasatan punca bencana itu.
Video yang dikongsi di platform media sosial menunjukkan orang ramai melaungkan “Down with parliament” sambil menjerit “No East, No West, Libyan Unity”.

Penunjuk perasaan kemudian berarak ke rumah Datuk Bandar Derna yang kini digantung tugas dan cuba mnecetuskan kebakaran.
Tindakan ke atas Datuk Bandar, Abdel-Moneim al-Gaithi, sedang dikaji, kata pegawai.
Dua empangan di pergunungan di pelabuhan Derna pecah ketika ribut Mediterranean yang kuat melanda Libya.
Pendakwa raya mengarahkan siasatan terhadap punca keruntuhan itu. Pegawai didakwa gagal menyelenggara empangan itu dengan baik, sekali gus menyumbang kepada bencana itu. – BERNAMA-dpa
Artikel berkaitan: Jumlah kematian akibat banjir di Libya catat lebih 11,000 – PBB