comscore
Tumpuan :
Dunia

Penduduk Dhaka bergelut dengan kenaikan harga barangan menjelang Ramadan

BANGLADESH: Penduduk di Dhaka bergelut dengan kenaikan harga barangan keperluan harian menjelang Ramadan.

Menurut salah seorang peniaga di pasar terbesar Dhaka, barangan asas seperti bawang dan minyak masak menyaksikan peningkatan harga sehingga 40 peratus.

Barangan lain seperti kurma import juga turut menyaksikan kenaikan harga.

Peniaga menyalahkan pemborong bagi lonjakan harga barangan terbabit.

Penduduk dalam pada itu turut menyuarakan keresahan untuk membeli barangan keperluan harian susulan kenaikan harga.

Mereka berharap penurunan harga barangan lain seperti ayam pada bulan Ramadan ini.

Kira-kira 170 juta penduduk di Bangladesh kini berdepan inflasi tinggi susulan kenaikan harga bahan bakar dan barangan serta diburukan lagi dengan nilai mata wang rendah  – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini