BEIRUT: Penduduk di pinggir selatan Beirut, Lubnan sedang menilai kerosakan kediaman mereka selepas serangan Israel, dan membuat persiapan untuk membina semula rumah dan premis perniagaan.
Selepas gencatan senjata antara Israel dan Hizbullah minggu lalu, penduduk mula mengambil langkah untuk mentaksir kemusnahan di pelbagai kawasan.
Ada yang membersihkan runtuhan manakala sesetengah penduduk menyatakan cabaran besar yang bakal dihadapi untuk bangkit semula.
Menurut penduduk harga, bahan penting seperti kaca meningkat mendadak, dan berharap pihak berkuasa akan memantau keadaan itu.
Sementara itu, penilaian awal Bank Dunia mendapati lebih 99,000 rumah di seluruh Lubnan rosak atau musnah sepenuhnya akibat konflik.
Kos kerosakan dianggarkan bernilai AS$2.8 bilion, menambah beban kepada usaha pemulihan negara.