ITALI: Banjir di daerah Pianoro meragut nyawa seorang penduduk.
Hujan lebat berterusan mengakibatkan beberapa sungai melimpah ke penempatan penduduk.
Mangsa yang maut dilaporkan sedang berada dalam keretanya ketika dihanyutkan arus deras.
Susulan itu Datuk bandar Bologna menasihatkan penduduk agar tidak meninggalkan kediaman masing-masing dan naik ke aras lebih tinggi jika banjir melanda.
Amaran tahap jingga turut dikeluarkan kepada penduduk di wilayah selatan dan Ionian Calabria. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.