comscore
Tumpuan :
Dunia

Penduduk Palestin cedera ditembak tentera rejim Israel

TEBING BARAT: Beberapa penduduk Palestin cedera dalam serangan tidak berhati perut tentera rejim Zionis di Tebing Barat.

Terbaharu seorang belia Palestin ditembak di Pos Kawalan Keselamatan menghubungkan Baitulaham dan Baitulmaqdis

Lapor media Palinfo, mangsa dibiarkan kesakitan tanpa bantuan perbuatan di lokasi untuk tempoh yang agak lama.

Terdahulu di timur semenanjung Gaza, tiga wartawan antara lima penduduk Palestin cedera diserang tentera Israel

Mangsa termasuk jurukamera Al Jazeera dan Agensi Anadolu Turkiye yang ditembak dengan gas pemedih mata ketika melakukan liputan tunjuk perasaan di Jabalia.

Turut jadi mangsa kekejaman rejim Israel dua nelayan Palestin yang ditembak ketika menangkap ikan di perairan barat pelabuhan Gaza. – PALINFO

Loading...
Terkini