comscore
Tumpuan :
Dunia

Penduduk Palestin maut, puluhan cedera di Tebing Barat

FOTO: AFP

TEBING BARAT:  Seorang penduduk Palestin menjadi korban terbaharu tentera rejim Zionis.

Mangsa yang berusia 23 tahun maut selepas ditembak di kawasan pintu masuk el-Bireh dekat Ramallah.

Dalam pada itu, Puluhan cedera dalam pertempuran di antara penduduk Palestin dengan tentera rejim di beberapa kawasan lain termausk Beita dan Beit Dajan.

Insiden tercetus dalam tunjuk perasaan membantah pendudukan haram Yahudi di wilayah itu.

Tentera Israel melepaskan tembakan peluru hidup dan getah serta gas pemedih mata ke arah penduduk Palestin.

Dalam insiden lain, dua individu ditahan dalam serbuan tentera rejim di bandar al-Ram di utara Baitulmaqdis.

Serbuan sama menyaksikan puluhan penduduk Palestin mengalami sesak nafas selepas di baling dengan gas pemedih mata.

Satu lagi penahanan belia Palestin dibuat berhampiran pintu masuk Masjid Al-Aqsa. — PALINFO / ALJAZEERA

Loading...
Terkini