comscore
Tumpuan :
Dunia

Penduduk timur Rafah mula berpindah, susulan arahan tentera rejim Zionis

Foto: Reuters

GAZA: Penduduk Palestin mula meninggalkan kawasan timur Rafah menuju barat wilayah itu selepas diarah untuk segera berbuat demikian oleh tentera rejim Zionis.

Jurucakap rejim mendedahkan kepada media, kira-kira 100,000 penduduk di timur Rafah akan berpindah sebelum serangan besar-besaran dilancarkan ke atas Rafah yang kini dihuni kira-kira 1.5 juta penduduk.

Dalam kenyataan di laman X, tentera rejim memaklumkan, pihaknya akan meneruskan usaha memburu Pejuang Hamas di segenap lokasi di Gaza.

Foto: Reuters

Rancangan itu juga katanya telah dimaklumkan kepada Amerika Syarikat.

Dalam pada itu serangan terbaharu ke atas Gaza meragut hampir 30 nyawa termasuk lapan kanak-kanak.

Sasaran termasuk 11 kediaman di Rafah yang turut mengakibatkan sejumlah penduduk cedera.

Ketegangan di Tebing Barat pula menyaksikan serbuan dilancarkan tentera rejim di beberapa lokasi termasuk Tubas, Al Khalil, Tulkarem dan Silwan.

Serbuan di Tubas mencetuskan pertempuran dengan penduduk Palestin namun tiada sebarang kecederaan atau kematian dilaporkan setakat ini. – AL JAZEERA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini